Pages

Wednesday, 24 July 2013

Kenapa Neraka Wujud ?

KENAPA NERAKA ITU WUJUD? 

Seorang gadis Melayu beragama Islam yang jahil bertanya pada seorang Ustaz :

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Ustaz itu terkedu.

Ustaz itu menjawab : "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang. Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Tuhan tu baik."

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Jelas ustaz itu lagi : "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji
sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa adil ke?"

Gadis itu terdiam.

Ustaz : "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang,
tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah.
Ingatlah, semua yang ada pada kita bukan hak kita. Semuanya adalah pinjaman dari Allah Taala.

No comments:

Post a Comment

● Jangan mencarut
● Thanks (•ˆ⌣ˆ•)