Pages

Friday, 19 December 2014

Bercuti la kita


Hye ! Tadi entry lain sekarang entry lain hahaha. Haih hari2 malas kalau cuti ni. Dah la bosan asyik duduk rumah je. Bercuti pon mcm hambar je. Lagi berapa miggu je dah nak sekolah. Ahhh tak nak :'( *nangis* Seriez tak nak. Tahun depan dah lah PT3 !!! Errrr takutnya. Seram semua ada. Tak nak tak nak. Nak cuti selama lamanya. Amboi kemain besar hajat nya engkau heh heh heh. So nak cerita pergi pantai cherating haritu lah. Jauh kemain dari Johor pergi Pahang. Haih penatnya berjam jam dalam kereta tu. Sepanjang perjalanan kalau boleh asyik nak tanya "Bila nak sampai ni" hahaha. Lama sangat rasanya. Then dalam kereta tu rasa mulut asyik nak mengunyah je. Makan la jajan yang beli kt petronas tu. Mintak gula sikit dengan adik kan haha. Kesian ayah lah jadi mangsa bawak kereta hee

Aku dah tak ingat dah nama apartment tu apa hahaha. Tapi kan memang seram la apartment tu. Aku tidur apartment sbb keluarga aku ramai. Adik beradik aku 4 orang campur ayah ngn ibu aku semua sekali 6 orang lah. Kalau hotel tu kecik sangat. Tak suka. Nanti mesti ade orang tidur kat bawak kahkah. Biasanya yang jadi mangsa tidur kat bawah lelaki lah. Ayah aku, 2 orang adik aku yang lelaki tu. Hahaha. Aku, adik aku yang perempuan dengan ibu be like king hah engkau tidur atas hikss lol. Biasalah tu. Kadang bergaduh tu siapa yang tidur siapa yang tidur bawah haha. So kalau tidur hotel ni memang dah standby toto bawak dari rumah lah kan. 

Hah balik dari cerita apartment yang seram tu. Ade dua bilik kt apartment tu. Kitaorang kat apartment tu 4 hari 3 malam. Ibu aku tu kalau bab cuti hah memang suka je haha. Ceh aku pon suka semua suka yay hahaha. Tapi yang tak suka ayah aku sebab dia yang keluar duit semuanya hahaha. Yayy ayah the best ! Masa malam hari pertama kat aprtment tu aku kongsi bilik dengan adik2 aku. Ade dua katil. So tak de spe tidur bawah la kan haha. Sbb memang dah lengkap. Ceh lengkap la sangat -,- Kat apartment tu kan, dia punya kunci pintu tu biasa je. Mcm kat rumah punya lah. Haih memang senang la pencuri nak masok kan haih. Geram betol aku. Aku yang risau lebih sbb bilik aku dekat dengan pintu masuk. Kat bilik aku tu ade cermin tingkap. Tingkap tu kalau hadap pemandangan yang indah tak pe lah jugak ni hadap pintu masuk. So orang boleh intai kita dari luar kan. Kalau orang nak buat jahat dia pecahkan ke tingkap tu dia bukak slow2 tingkap tu. Aku dah fikir macam2 dah. Tak de gambar lah pulak nak tunjuk hmm. 

Ok lepastu masa tengah tidur tu kan tiba2 dengar bunyi mcm ade orang ketuk almari tu banyak kali. Almari tu kat sudut bilik. Naseb jauh dari katil kitaorang. Dah la gelap bilik aku tu sbb tutup lampu. Tengah nak tidur tu boleh pulak dengar bunyi macam tu Ya Allah time tu aku nerves gila boleh tak. Buakn perasaan tau tapi ni betol2 *nangis*. Ceh tapi time tu tak de la aku nangis. Aku buat2 tak dengar je la. Buat2 tidur. So maybe setan tu tahu la aku tengah tidur aiyooo pandainya kahkahkah lol ! Aku beranikan nak bukak mata siapa yang dok ketuk2 almari tu. Kuat gila bunyi dia tahu tak. Menggigil aku. Then aku dengar adik aku tarik selimut tutop muka diorang. Haha aku tak kan nak tarik selimut jugak kan. Aku pejam je mata tu baca ayat kursi semua. Baca je doa apa yang aku ingat. Lepastu aku toleh la tingkap yang sebelah aku tu tak de pulak ciri2 pencuri ke ape ke. 

Dalam hati aku la kan asal la time2 aku nak tidur aku dengar macam2 bunyi seram tu ya Allah. Takutnya aku. Then tetibe aku ingat ayat ni "Kalau kita takut lagi 'bende' tu suka. So kene berani" JAdi aku berani kan la diri aku ni kan hah. Nak elak punya pasal. Bunyi ketukan almari tu banyak kali dan kuat pulak tu. Haihhh. Then tak lama kemudian bunyi tu pon diam. Aku pon dah rasa aman sikit. So aku nak tidur. Bila dah nak tidur kali kedua ni pulak aku dengar orang ketuk pintu 2 3 kali gitu lah. Aku terperajat. Kalini siapa pulak. Haihhh rupanya ....... rupanya ayah aku. Ayah aku ketuk tanya dah tidur belom tapi kitaorang diam buat2 mcm kitaorang ni dah tidur la konon. Sbb tak berani nak cakap2 apa2 lepas dengar bunyi almari tu banyak kali. Kau bayangkan lah, dengan bilik gelap, sebelah tingkap yang agak errr, then mcm2 laa. 

Aku perati bunyi tu diam sebelom ayah aku ketuk. So maybe la 'bende' tu tau ayah aku nak datang dia terus diam hahaha lol. Fikiran kemain kan haha. Itu la budak2 riang seperti aku ni ceh hahaha. Lepastu aku teros tertidur. tapi terbangun sikit. Aku nampak ayah aku tengok2 aircond aku. Dia mcm tengah repair je air cond. Aku dah ngantok sangat time tu. Aku pon malas la nak tengok ke nak tanya ke. Aku tarik selimut sambur tidur. *kroh kroh* hahaha. Dalam 3 pagi gitu terbangun lagi. sekali ! Kalini ayah aku kejut pulak. Masa aku bangun tu rasa panas gila. Aku pelik asal panas. Kan ade aircond asal panas ni. Haihh..... ayah pon ckp "Kak aircond rosak kak. Bangun pergi pindah tidur kat hall." Aku pon dengan ngantuknya ikut la apa ayah aku kata. Naseb hall besar muat letak 2 3 tilam kat situ kan. Mcm rumah la ibaratnya haha. Ayah aku yang agnkatkan tilam. Aku tinggal bawak selimit bantal je. Hah bila dah dapat baring tilam kt hall tu aku rasa sejuk gila. Bestnya sambung tidur kan wuuuu. Tidur la sampai esok pagi.

Esok pagi pulak, ibu kejut bangun. Tapi mata aku ni punyalah liat nak bangun subahanallah. Ibu kejut tanya nak mandi kolam ke tak. Temankan adik aku yang bongsu, nabihah pergi kolam kat bawah. Aku pon cakaplah aku penat nak tidur huh. Aku tidur la sbb nganok sangat. *terok kan* hahaha. Then ayah aku cakap kita kene tukar bilik. Bilik air kitaorang tu tempat nak tutop air tak boleh nak tutop pulak. So terbukak mcm tu je. Haih dengan tv tak boleh hidup. Haih servis servis ! So bilik yang baru tu aman lah jugak tapi tak aman sangat haha. Bolehlah. 

Pemandangan kat hotel tu cantik la jugak. Hadap pantai teros. Wuuu rasa mcm aku ade rumah banglo je lol.









Macam cantik je kan. Hm luar je lah hm hm

Jalan2 la dekat kuantan tu jap. Aku lupa la nama mall yang aku pergi kat kuantan tu apa hahaha. Sebab lapar kitaorang cari kedai makan kat situ sekali. Aku beli kek tiramisu kat kedai tu hm tak sedapnya. Aku buat lagi sedap rasanya. Amboi kemain aku kahkah ! Dah lah mahal tak sedap pulak tu. Rm9.50 kot tak silap. Kecik je bekas nya ! Haih. Ceh tak sedap habis jugak satu bekas hahaha. Membazir kan so kene la habiskan walaupon tak sedap. Tapi naseb nasi ayam penyet dia sedap muahaha. 


Kek tiramisu yang aku beli tu hahaha. Kecik je kan bekasnya.

Lepas dah habis makan tu aku pusing2 la kat shopping mall tu. Aku tengok asal semua orang tengok bawah kan. Aku pon cari la tempat yang sesuai nak tengok bawah. Rupanya ade orang buat magic show. Tu  je alahai hahaha. 



Then bila dah penat tu aku balik lah. Penat weh penat ceh hahaha. Tapi sepanjang kat sana adik aku demam pulak. Kesian. So hari ke esokkannya pergi la klinik. *Bila nak habis cerita aku ni* hahahaha. kejap ye sikit lagi. Aku pon penat dah menaip ni lol. Sementara tunggu dalam kereta tu aku pon selfie la jugak hahha. Nah aku lanje gambar beria aku ni ye 




Muka yang tak sedar diri tahun depan nak PT3 !! :'(

Hmm dah lah sini je la aku habiskan cerita aku. Aku pon dah lenguh nak taip ni hah. Sakit2 badan ni hahaha Hiksss... 
Bye !

No comments:

Post a Comment

● Jangan mencarut
● Thanks (•ˆ⌣ˆ•)