Pages

Monday, 22 December 2014

Classmates tahun 2014. 2 Ratna


Hye ! Harini rasa nak update pasal classmates aku untuk tahun 2014 ni iaitu 2 Ratna. Kelas ni degil jugak lah. Kelas mana je kan yang baik hahaha.. Untuk tahun ni kita belajar mana yang baik mana yang buruk. Yang mana tak kenal, kita kenal. Yang mana perangai macam baik tapi senanya tak. Yang disangka perangai buruk tapi senanya okay. So nak cerita perangai masing2 kt 2 Ratna heeee ^^





Ni masa tengah2 tahun. Ni sambutan harijadi kelas 2 ratna. Kitaorang buat kat kantin. Harijadi untuk bulan 1 hingga 6 ak silap. Masa ni  masih dengan guru kelas lama iaitu Ustazah Izzah. Baik ustzah tu. Caring, baik, comel. And kami semua rindu beliau. Ustazah Izzah cuti bersalin start bulan 6 kot sampai bulan 11. Beliau amek cuti teros sampai habis sekolah T.T 
Ni pulak masa akhir tahun. Ni sambutan harijadi jugak. Sambut dekat kantin jugak. Harijadi bulan 7 hingga bulan 12 pulak. Aku lah tu. Aku bulan 7 hahaha. Best la jugak. Melantak habis. Kesah ape orang tegur aku kahkah. Aku makan je. Dah bayar kan lol haha. So cikgu yang kawal ni guru kelas ganti lah. Cikgu Norly. Saje besarkan gambar. Biar nampak semua orang. Act gambar ni tak lengkap. Bukan semua orang ada. Ade yang tak datang sebab sebab tertentu.
Ok nak describe sorang2 pasal 2 Ratna. Nak describe lelaki dulu sebab perempuan maybe panjang kot haha. 

  • Zuhdi -Ketua kelas. Seorang yang pendiam. Tapi.... diam diam dia, dia pandai tau. Dia jugak baik. Kalau aku tertinggal buku ke nanti aku pinjam dia kehkeh
  • Eyus -Orangnya selalu pankai songkok. Mulut boleh tahan jugak. Member gosip dalam kelas kahkah. Masa awal tahun agak awkward nak tegur tapi akhir thaun barulah rapat sikit. Dia faham perempuan. So senang je kalau nak cerita dengan dia. Tak rasa awkward sangat. Dia duduk dekat dengan tempat duduk aku.
  • Azmierul -Classmates aku masa form 1. Rapat tu bolehlah. Pandai. Pandai lukis, cantik lukisan dia tau. Awkward jugak la nak ckp dgn dia. Kalau form 1 tak awkward sebab dia duduk belakang aku je. Tapi tahun ni dia duduk nun jauh di sana. Jauh sangat hahaha. So bila dah lama tak berbual awkward la jadinya kan.
  • Hadi -Paling sycho. Aku benci dia kekadang T.T Dia selalu kutuk aku. Tak selalu lah tapi pernah T.T Bencinya. Err bila ingat balik rasa nak buat silat je kahkah. Tapi.... dia kekadang ok kekadang tak. Selalu merepek. Tapi dia tolong la jugak aku masa KH kat bengkel. Kalau KH kan ade buat kerja ketuk2 kayu gitu. Buat itu la ini lah hah. 
  • Razlieshah -Aku panggil dia Raz. Nama pendek dia. Tak rapat sngt. Dia duduk nun jauh di sana jugak hahaha. 
  • Jong -Dia ni kawan baik dengan zakirin dalam kelas. Geng cikgu selalu cikgu aim kahkah. 
  • Zakirin -Kawan baik kepada jong. Geng cikgu selalu aim. Suara sedap lol
  • Syafiq Aiman -Orang paling tinggi dalam kelas.Agaknya lah haha. Dia sorang je lelaki paling tinggi. Tak rapat dan tak pernah berbual dan bertegur -,-
  • Ammar -Tak pernah berbual, bertegur -,- Ni geng azmierul jugak lah. Idk -,- haha
  • Iskandar -Putih orangnya :3 Hahaha. Tapi dia selalu nyanyi lagu india entah asal dia tu kahkah. Pernah tegur gitu2 je lah. 


  • Suhaina -Penolong kelas. Selalu bertegur. Baik orangnya. Putih weh T.T Pernah bergosip. Geng baik2 dalam kelas. Kalau ade kerja bergroup kekadang dengan dia. Peramah orangnya. Member gosip jugak haha. Budak asrama
  • Adni -Masa awal tahun dia duduk sebelah aku. Lepastu berpisah dengan dia waktu susun meja ikut abad ke 22 tu. heh -,- Member gosip jugak lah. Aku ngam jugak dengan dia. Baik hati. Kekadang gila haha. Kekadang tak siap kerja sekolah dengan dia. Dia cover aku kalau aku tak bawak buku kahkah. Kekadang kitaorang arok. Kekadang berbual sampai tak buat kerja , sampai habis masa cikgu kahkah. Budak asrama
  • Syamimi -Baik orangnya. Peramah. Pelik pon ada haha. Tak rapat sangat dengan dia. Dia semeja dengan aku kalau waktu sains kat makmal. Aku tengok dia punya buku lengkap sampai aku "Weh ni apa. Ni apa jawapan" Kah -,-' Dia ni mcm semua jawapan dia tahu. Hebat kan T.T Sampai aku blank..... -,- Hahaha eh ni describe dia ke aku ni kah! Budak asrama.
  • Afifah -Baik. Peramah. Pelik. Suke bergurau -,- Gurau tak bertempat gitu. Dia kekadang marah aku lepas tu aku pon pelik la asal dia tetibe marah aku so aku buat la muka pelik then dia "Ceh tak de la kita gurau je hahahahaha" And i was like..... hehehe ok ok. Padahal dalam hati ...... ceh tak de lah. hahaha. Dia pernah mention aku kat twitter tanya pakai baju sekolah ke uniform sebab dia tak tau. Aku punya interaction twitter ni pulak bila nak bukak punya lah lambat gila !! So aku tak selalu bukak. Aku ni tak perasan la dia mention aku. Aku masatu tak follow twitter dia lagi. Sekali esok pagi aku check penuh interaction aku dia asyik mention aku jee kahkah! Aku dah dedoh time tu. Sebab dia ni garang jugak orangnya. Aku pon mohon maaf dgn dia, aku slow2 datang kat meja dia sambil buat muka ala ala cute (eiiiiii perasan euwww) hahaha. Mohon simpati. Naseb dia tak marah! Legaaa
  • Que -Member gosip. Member bersubahat. Dia duduk depan aku. Aku selalu cerita dengan dia. Meluahkan cerita dan sebagainya. Masa awal tahun tak rapat sangat dengan dia dah lama2 baru lah rapat. Dia ngam jugak la dengan aku. Pandai jugak. Dia suka buat lawak hambar dengan aku hahaha. Aku pon ketawa je la sambil buat muka yang err lawak sangat -,- hahahaha -,-
  • Izzatie -Member gosip. Ganas. Garang. Powerrrr ! Kah. Member bersubahat. Dia pandai. Pandai KH. Aku ni tak suka dan agak lemah KH. So aku selalu mintak dia ajarkan KH. Dia pulak lemah MATH tapi aku ni tak la okay sngt dgn math tapi boleh lah. Cuma bila exam tu je la kekadang ok kekadang tak. So aku ajar dia MATH. Kitaorang ni mcm saling batu membantu gituu kahkah. Suke bergurau tak beretempat -,- Hahaha. Mulut dia boleh tahan jugak. 
  • Uswatun -Artis. Baik. Peramah. Suara sedap. Cikgu selalu bagi perhatian dekat dia. Tung la kan haha
  • Hidayah Fauzi -Baik. Pendiam. Tukang kutip duit. 
  • Aina Dayana -Baik. Pendiam kot. Kek batik dia sedap !! Ahhh aku suka kek batik T.T
  • Asilah -Member gosip aku. Aku kekadang cerita jugak dengan dia. Dia dalam kelas boleh la bising hahaha. Kecoh kelas dibuatnya. Dan banyak lagi. Ah penat nya menaip T.T
  • Adinda -Jarang bertegur. Cantik orangnya. Budak hot. Mulut pon kuat bising dalam kelas hahaha. 
  • Shasha -Jarang bertegur. Selalu bising jugak dalam kelas. Ahli ahli meriahkan kelas haha
  • Maryam -Mulut boleh tahan. Pernah bergosip dengan dia haha. Pandai
  • Engku -Pendiam. Comel baik cantik. Ayu. Suara comel haha. Pandai.
  • Amira -Member gosip. Dia duduk sebelah aku kalau waktu sains. Rapat dengan dia kalau luat kelas. 
  • Ellysa -Pernah bergosip dgn dia. Ok la dengan dia
  • Syaza -Garang. Selalu teman pergi tandas. Dia hantu cermin. Selalu betulkan tudung depan tingkap haha
  • Hidayah Md Isa -Baik. Pelik. Member gosip. Cerita pasal fashion lol. Dia suka puji aku kahkah! lol 
Yay dah habis !!! Penatnya tangan aku. Makin lama makin pendek aku taip hahaha. Berapa jam dah ni lebih 40 minit kot. Sampai habis running man yang aku tengok ni -,- So classmates tahun ni ok. Yang jauh jadi rapat. Yang tak kenal jadi kenal. Dah la aku penat taip ni. Dah bye hahaha -,-

No comments:

Post a Comment

● Jangan mencarut
● Thanks (•ˆ⌣ˆ•)