Pages

Tuesday, 2 December 2014

Dah lama tak active


Hye !! Dah lama tak active jadi blogger macam dulu lagi :'( Haih rindunya hahaha. Dah lama tak taip kat laptop ni rasanya. Maklumlah busy asyik main phone je kan hahaha. Btw laptop aku ni baru je aku dapat pegang ! Ni sebab laptop aku rosak. hahaha tapi kalau tak rosak pon aku malas nak pegang. Biarkan berhabuk je atas meja tu. Blog aku ni mesti rindu aku kan hahaha. Tahun ni berapa post je aku publish entry aku. Tak mcm tahun lepas. Ade cerita je publish publish haha ! Aku dah hampir lupa semua pasal blog ni. Pasal tutorial, pasal code, link. Ceh lol ajet tahu semuanya ek. Hahaha tak de la jangan salah faham pulak yeeeeee. Minta maaf la kalau selama ni tak senang dengan perangai owner blog ni ye kihkih. Memang annoying sikit. Eh bukan sikit... banyak ! Rasa seronok pulak main taip taip ni ye haha. Harini mood aku nak update blog rasa membuak buak. Dulu pon aku rasa nak update tp bila dah bukak blog nak taip pesemua tetibe tak tau nak taip apa. Sebelom bukak tu dah fikir mcm2 apa nak taip kan. Bila bukak krik krik............ Teros tutop blog ! Ish ish ish perangai hahaha

Entry aku sebelom ni pon bulan 5 kot. Entahlah aku tak ingat. Kalau korang stalk aku pun ya entry yang dulu2 kan yang tahun 2012 ke an haih memang tak matang betol. Time tu aku darjah 6 ! Jangan stalk la ! Malu aku hahaha. Aku nak delete tapi sayang. Nanti bila rindu aku baca la balik entry aku yang merepek tulisan pon haih buat malu je hahahaha.... Biasa lah. Darjah 6 time tu. Tak matang sungguh lol. Aku ni jenis yang tak suka delete. Delete gambar ke. Pape je la. Aku suka simpan. Lagi2 gambar kan. Bila nak delete je nanti aku fikir "sayang nya nak delete. mana tau boleh tengok balik ke an" hahaha so tak delete lah. Biar la memory full kt phone aku. Pelik je an. So stalker jangan la bash saya. Saya tak perfect macam awak. Tau la perfect sebab tu kau kerja nak mengutuk, mengaibkan orang je kan. Insaflah ye. Allah tu maha adil. Bila masa2 Allah boleh balas kerja jahat kau tu. Kalau tak kene pon kau cari la aku kat padang masyar nanti. Lagipon, aku dapat pahala kalau kau kutuk2 aku ke bash aku ke. Dapat apa bash orang? Tak dapat apa apa kan? Dapat dosa je. Insaflah. Kesian tengok senanya. Biasalah manusia kan, kita buat baik orang mengata, buat jahat apa lah lagi kan. So hidup ni kita kene pekakkan telinga dan jadi penyabar. Ayah aku cakap hidup ni kalau nak dengar orang kata kita itu ini, susah ! So kene la teroskan hidup. Abaikan mulut orang mengata kita itu ini. 

So cuti ni aku tak gerak2 mana lagi. Belom lagi. Aku tunggu ibu ayah je. Tak kisah. Duduk rumah boleh, pergi jalan boleh. Kalau duduk rumah ni, aku asyik makan je. Tak pon tengok drama korea, running man. Hahaha ketawa sorang dlm bilik cam apa dah hahaha. Sebab kelakar an ceritanya. Boleh hilangkan stress aku. Aku rasa mcm nak upload gambar kt sini tapi gambarnya kat phone aku. Malas pulak aku nak bangun nak transfer gambar ni. Haihssshhhh. Crush aku sekarang ni Greyson Chance. Crush tu macam orang yang kita suka senyap2 lah. Biasa lah umur mcm aku ni 14 tahun ade crush kt artis lol hahaha. Tapi tak la taksub. Bercinta bercinta tak de maknanya. Buat apa seh. Buang masa. Baik belajar untuk berjaya ceh hahaha. Beria. Pasal greyson chance tu kan. Umur dia tahun ni 17. Dia penyanyi. Dia comel bagi aku lah hahaha. Siapa tak kenal greyson chance. Let me show your guys yeee.

Greyson Chance 17 years old  2014

So sejak terpengaruh dengan running man ni aku tengok kwang soo tu muka dia jambu. Biasalah orang korea kan hahaha. Let me show you ok ~



Zirafah. Orang panggil dia zirafah. Sebab dia tinggi. Tinggi dia 190 cm. Aku kalau tengok running man kt tv tu then ketawa terbahak bahak ayah aku ckp "Apa tah yang lawak sangat. Asal ea org suka tengok cerita ni" then ayah aku teros masok bilik. hahaha kelakar senanya kalau tengok. Enjoy gituuu ! 

Hah so aku belajar la sikit pasal masakan. Tp aku tak minat sangat dengan masak berat mcm lauk pauk tu. Mcm ikan masak tu la ayam masak ni lah. Yang berat2 aku tak minat sangat. Tak tau kenapa. Aku lebih suka dengan desserts gitu. Mcm kek ke, cup cakes. So insyaallah aku bukak bussiness. Insyaallah tahun ni tak pon tak pon tahun depan. Aku ingat nak berniaga baju , tudung. Perempuan kan. Mestilah ceh tetibe. Tengok la nak jual apa. Belom muktamad lagi la keputusannya. Tak pe, kalau dah start nanti, saya update blog ye. Insyaallah murah je saya jual. So beli beli ! Btw, pasal desserts tu nanti aku kongsi resepi turun menurun. Sedap ! Ade kek batik, choc jar and mcm2 lagilah. Nanti insyallah ade masa nanti kita update blog yeee hihihi. Btw follow my instagram untuk update terkini yeee @sakinahnabilah

So ni je la kot nak update. Terima kasih kerana membaca entry yang merepek ni hahaha. Kalau ade typo tu faham2 je la ye hahaha. So byeee!

Publish.

2 comments:

● Jangan mencarut
● Thanks (•ˆ⌣ˆ•)