Pages

Monday, 5 January 2015

Manisnya Cinta Di Cappadocia Best !


Hye ! Haritu aku pergi rumah aunty aku. Aku tengok makcik aku pasang cerita ni. Aku tdengar dia punya tajuk mcm familliar je kan. Memang cerita baru pon. Tak salah lagi. Baru masuk pawagam haritu. Makcik aku tu ade astro first. Aku pulak tak de. So alang2 cerita ni best aku pon tengok dengan kyusyuknya. Weh seriez best gila weh wahhh. Aku tengok skrin tv asal mcm terang semacam je kan tv ni. Aku ingatkan tv makcik aku tu memang terang mcm tu. Rupanya sepupu aku ckp pengarah cerita ni sewa camera yang untuk shooting ni bpe mega pixel tah aku tak ingat. Yang penting ade point point la mega pixel nya tu. Mega pixel ni mcm keterangan. Maaf la kalau salah. Aku tak tau sngt pasal bende ni semua kah. Sebab dia sewa adalah malaysia belom ade lagi camera mcm tu. Weh mahal kot camera jenis mcm tu. Camera yang mahal tu biasa org pakai dlm cite hollywood, transfomer. Biasa tengok cerita org putih kan terang gila kan. Kalau pergi wayang, mesti rasa mcm wah cantiknya pemandangan or whatever. 

Aku tengok kat screen tv tu, kenapalah cantik sangat org dalam tv ni kan. Flawless gitu. Shaheizy Sam pulak tu heronya. Aku ni peminat shaheizy sam lah jugak. Sebelom aku minat korea ni, aku minat org melayu je. Ok what shaheizy sam. Balik tu aku mintak yaha beli astro first. Tapi ayah aku cakap membazir sebab boleh tengok 2 hari je (kalau tak salah lah). Ayah kata baik beli CD. Aku pon ok je. Tapi aku biasa tengok kat online je. Dah terbiasa. Aku tengok kat online tak de lagi. Aku ni excited sangat nak tengok cerita ni tu aku beria mintak ayah belikan tu. Bila dah beli CD, tetibe aku bukak website online tu sekali DAH ADE PULAK. Haih sabar je lah. Ok kita cerita pasal cerita dia ni hah. Aku tengok cerita ni mcm nak sengih2 sorang je kan. Aku tengok ulang2 kot. Sweet gila.Romantic sangat. Aku perhati cerita yang berlakon kat luar negara ni memang best2 mcm istanbul aku datang tu hah. Kan best tu. Cerita tu pon aku ulang2 tengok weh haha. Aku hafal tajuk cerita ni "Manisnya Cinta Di" je yang cappadocia tu aku tak ingat lah. Susah sangat nak sebot. Kahkah. Ni pon aku tengok gambar tu hah lol.


Idk but this movie was so owesome T.T It about a girl decides to break up with her long-time boyfriend when she realises her boyfriend is having an affair. Then she meets another guy but was heartbroken when she found out that he is married. Meanwhile, widower to her late sister proposes to her. Will she accept or persists to find her true love?
Manisnya Cinta Di Cappadocia mengisahkan seorang wanita yang jelita, berkarisma tetapi prejudis yang mencari erti kehidupanya sendiri dan cinta yang suci.

Apakah erti dan nilai cinta sejati kepada seorang wanita yang jelita dan berkarisma? Adakah cinta bermaksud untuk mengikuti permintaan keluarganya untuk mengahwini lelaki yang dibencinya atau untuk mengikuti hatinya untuk berasa lelaki yang diingini oleh hatinya?

Tengok sinopsis pon meletop kau ceh haha. Err memang best lah. Tengok sendiri. Memang terang. Tapi kalau beli CD tak terang sebab aku beli yang cetak rompak punya kah lol -,-

Siapa amek kitkat aku ?!


Hye ! Tajuk kemain beria eh. Kecoh sangat ek hahaha. Bukannya apa, semenjak ni memang suka makan kitkat. Entahlah kenapa. Uish agaknya memang sedap kot. Mestilah sebab sedapa kan. Kalau tak sedap siapa yang nak kan. Ok ok semalam keluarga aku beli barang dapur. So sementara tunggu ibu beli barang aku dengan adik aku jalan2 la satu pasaraya giant tu hah. Tempat paling aku suka ialah tempat jajan, tempat coklet muahaha. Rasa mcm syurga je kan ceh. Ayah cakap kalau nak pergi barang dapur biar ayah je beli sorang sebab kalau pergi sana barang yang tak perlu dibelinya hah. Bil mahal pulak tu. Oh ayah saya faham ayah hehe. Biasa la kan, mesti beli barang yang kita nak tu lah sampai bil pon mcm gunung lol. Tapi tak la gunung sangat. Bukit maybe. Hm hahahahahahahaha hambar betol 

Bila dah beli katkat ingatkan nak puasa harini. Harini kan hari isnin. Bila dah puasa tu biarkan je lah kitkat dalam peti ais. Bila bangun tengok plastik dah terbukak. Aku rasa mcm nak mengamok je time tu. Dahlah kitkat tu ade 12. Aku kira kira tinggal 10 je?!! Siapa amek. Siapa amek. Siapa amek??!! Pergi bilik ibu dengan jalan yang penuh keegoan, kegeraman. Syaitan membisik suruh mengamok mcm hulk. Aku pon tanya la ibu eh tapi aku tanya ibu lemah lembut ok. Ko jangan salah faham ok. Aku tak tanya kasar2 pon. Aku pon tanya lah "Siapa amek kitkat akak?" Ibu pon jawab "Ibu. Ibu amek 2 untuk bekal nabihah. Nabihah pergi office teman ayah pagi tadi." Lalu aku balas "Oh ok".

Aku tak jadi nak marah sebab aku memang manja dengan adik aku yang bongsu tu, Nabihah. Ceh manja la sangat. Aku selalu jugak sakat adik aku tu. Sikit2 cubit, lempang pon pernah. Eh tapi lempang gurau2 je lah. Bukan betol2. Kalau betol2 memang jahat sangat la aku time tu. Tapi aku ni kakak yang penyang jugak senanya. Hm ok dah. So aku pon letak balik kitkat kat peti ais. Masa nak letak tu aku tengok peti ais tu dah penuh dengan barang2 masakan ibu aku. Aku pon pening nak letak mana. Aku letak je la atas atas barang tu hah. Lepastu ibu aku datang kat dapur ckp "Kenapa letak situ. Nanti orang makan lah. Letak la tempat lain." Aku pon blurr time tu. Ibu aku amek kitkat tu letak kat tempat sayur2. Oh bijak ibu aku. Tapi senanya aku dah banyak kali sembunyikan hak milik aku contohnya jajan or whatever makanan yang aku tak nak kongsi dengan sesiapa. Kedekut kan haha. 


Tik tok tik tok dah malam. Masa untuk berbuka. Hm panasnya cuaca harini. Tapi bila aku tanya adik aku panas ke tak harini dia jawab "Biasa je" Hm aku rasa aku je la yang rasa. Mungkin sebab aku puasa. Air pon tak minum. Masa sahur tu aku minum satu gelas je sebab kenyang sangat. Dah siap makan apa semua, tetibe ayah aku tanya "Eh kakak mana kitkat. Ayah nak jugak." Then aku selamba cakap "Dah habis" Jahat kan aku T.T Kedekut punya pasal. Mohon jangan ikut perangai tak elok ni ye. Memang tak elok sangat T.T Lepastu tetibe ibu aku cakap "Tipu. ade dalam peti ais. Banyak lagi" And i was like "kenapa ibu bagitau hm tsk tsk" 

Kantoi ade coklet keh. Sabow je lah. Dah aku terpaksa kongsi dengan adik aku. Senang cite satu family. Tinggal la ade 5 kitkat je aku pegang T.T Hm tak pe lah. Redha je lah kan. Kitkat je kot. Hm 


Friday, 2 January 2015

2015 exam


Hye ! Macam tak percaya dah tahun 2015. Macam tak percaya dah 2 haribulan harini. Awak saya tak kuatttt *nangis* Oh tahun ni tak boleh buat main2 weh. Bagi aku PT3 tu exam terbesar even dia tak besar sangat dan bagi sesetengah pihak kata senang. Ehhhh senang? Kalau senang alhamdulillah tapi tak pernah lagi kot ade exam senang. Kalau senang tu mestilah jawapan. Kalau susah tu soalan. Hah bagi aku nak tengok jawapan pon susah huh. Amboi kau kemain. Ish sakitnya hati jadi bila apa yang kita nak tu tak dapat kan. Mcm kau target keputusan tu kau konon dapat A lah tapi TIBA TIBA kau dapat C, D and FAIL ! Weh kalau FAIL bagi aku lah kan rasa mcm eiii kenapa bodoh sangat ni kenapa kenapa. Then meroyan then tak de mood then muka masam depan kawan2 kau. Ye la kawan2 kau semua dengan A then kau sorang je tetibe selit FAIL. Lagi2 kalau kawan kau semuanya pandai2 hah lagilah kan. 

Aku punya format final exam form 2 ni dia ikut PT3 tau. Sebelom ni aku jawab exam format PT3 tu ade lah terselit jugak tapi tetibe aku jawab final exam ni kene buat karangan lah, kene buat itulah ini lah. Maksudnya, bende yang kau tak jangka akan keluar tu keluar. What hello??? Sebelom ni aku jawab exam BM tak de buat karangan then tetibe kene buat lah. Dah jadi blurr. Naseb la sempat. Haih pening2. Tapi aku ni sebagai pelajar nak komen2 pon tak de guna jugak kan kalau tak de usaha. Jujur lah, tahun ni aku banyak main jugak. Azam masa aku tahun 2013 untuk 2014 buka kemain nak itu ini. Belajar sesungguh, buat ulangkaji lah ape lah. Sekali awal bulan je ulangkaji. Lepastu lama2 dah krik krik.... Buku pon kemana apa kemana. 

Aku macam tak percaya aku FAIL. Aku fail dalam exam ni sejak aku form 2. Bukan nak bajet pandai or what cuma sebelom ni result aku paling teruk D je la tetibe E teros terkejut berok kau dibuatnya. Naseb tak jadi berok. K tak lawak. Tapi kalau rasa kelakar ketawa la ea. Even that, gagal tak semestinya selama lamanya kan. Usaha tangga kejayaan. belajar dari kesilapan. Aku selalu jugak la amalkan moto moto bila aku tak de semanagat dah nak tengok kertas exam tuh. Asal kertas je stress asal stress je kertas. Huh kemain stressnya tu. Tapi aku paling suka bila aku target C atau D tetibe kau dapat B atau A. Oh seriuslyyy?? Bahagianya time tu kan hahaha. Time tu rasa mcm eh mcm tak percaya. Perasaan bercampur bagaikan rojak. Amek larojak pon boleh la kan.

Azam aku untuk tahun ni aku nak buat azam aku yang tertangguh 2014. Orang kata kalau nak kecoh2 azam kita ni tak jadi? Orang kata bukan aku. Maybe betol jugak kot. Sebab aku tweet mcm2 azam aku masa 2013 untuk 2014. Hah mungkin mungkin. Ni sekadar luahan hati aku sebagai pelajar dan juga anak. Masa aku belajar bagai nak rak dalam bilik tu ayah ibu aku tak masuk pulak bilik aku. Tapi bila aku bukak fon sekejap my parents open the door and said "Hah kerja asyik dengan phone je" Hm sedihnya. Terluka aku kan. Tapi bukan sekali aku pernah kene. Banyak kali. Lagi2 bila dekat nak exam tu. Sebenarnya buakk phone tu nak tengok soalan apa yang keluar untuk exam. Ye la zaman dah maju. Solan banyak bocor kat laman social kan. Tanya je diorang nanti ade je feedback pasal soalan untuk esok kah. 

Ayah said that for PT3 phone will be taken and will give back on friday and saturday. I dont care about the phone but must have food at home. Tetibe english kau hahaha. Tak de saje je test senanya hihi. People nowdays kebanyakan cakap "Tak boleh hidup tak de internet. Tak de phone" Hmm but i was thinking mati ke weh? Hahaha ceh. Aku pernah jugak fon kene rampas sebab ade la kesalahan yang aku buat heee. Seminggu ayah amek fon aku. Boleh je aku hidup. Tengok tv je laa aku sob. Tapi bila tengok tv asyik kene perli je "Aik kakak tengok tv? Jarang nampak tengok tv" Hm aku diam je depan tv tu. Oh sakitnya hati kan. Mentang2 sebab asyik berkepit dengan fon je. Haih sedih keh.