Pages

Sunday, 12 April 2015

Benar ke Salah?



Apa tujuan hidup ni sebenarnya? Untuk meneruskan hidupan yang dalam keadaan gelap atau terang? Kenapa mesti pilih jalan hitam untuk keperluan? Apa kata orang? Untuk apa tipu? Keadaan sebenarnya tenang, tapilah datang lah kau mengacau jalan orang lain :') Tapi kenapa? Perlu ke? Mesti ke? Betul lah orang kata "sepandai pandai tupai lompat akhirnya jatuh juga ke tanah" 

Entry aku kalini bukanlah untuk sesiapa hanya sekadar luahan. Semua orang buat salah. Semua orang berdosa. Dosa dengan orang, apa lagi dengan Allah. Ya Allah, tak terkira. Mungkin sebesar lautan? Mungkin lebih? Allahu. Allah utuskan orang yang kita sayang untuk kita belajar menghargai.  Untuk kita belajar menerima hakikat suatu hari nanti. Sedih hati ni Allah saja yang tahu. Apa kata hati? Depan orang? Belakang orang?

Entry aku kalini lain sikit. Macam nampak putus cinta? Tak. Tak langsung. Sebenarnya pasal persahabatan. Kenapa Allah aturkan hidup kita berjumpa dengan sahabat? Sebab qada dan qadar :') Aku tak pernah niat nak putuskan hubungan sebab aku sayang persahabatan. Dah banyak memori tercipta. Dah banyak kali jugak timbul perasaan dendam, iri hati tapi semuanya aku cuba elakkan sebab aku percaya ni hanyalah kerja syaitan untuk pengaruh kita manusia yang lemah ni. Apa tugas kita sebagai kawan? Menghianati? Berdendam? Bersangka buruk? Fitnah?

Entahlah. Sejak aku masuk sekolah menengah ni, banyak jugak pengalaman pahit datang. Mestilah kan. Semua orang ada cabaran masing2 kan. Cuma kita je yang pandai control atau tak. Masalah itu datang, belom sempat masalah selesai, timbul lagi. Tak pe, sabar. Allah menguji kita. Sabar kan separuh dari iman. Kekuatan dan ketabahan datang dari Allah. Semuanya dari Allah. Kadang2 kita kene belajar bersyukur. 

Kalau rasa diri kita tak bersalah, kenapa nak mengelak. Kenapa macam orang bersalah? Banyak persoalan yang berada di minda banyak juga tanda tanya dan juga kata kerja. Nampak mcm lirik lagu tapi ye memang la lrik lagu. Aku petik sikit cewah. Boleh search google untuk maklumat lanjut. 

Apa kau rasa kalau orang tu curi hak kita? Apa kau rasa weh. Apa kau rasa? Lagi2 hak kau tu kan hak yang sangat kau perlukan. Hak yang memang berharta. Orang yang kita sayang hadiahkan contoh ayah kita sebagai hadiah harijadi kita? Sebagai tanda kasih sayang ayah dengan kita? Weh kenapa. Kenapa buat aku macam ni?

Ustaz dengan ustazah kata, siapa kita hendak salahkan takdir. Mana boleh salahkan takdir. 
Baiklah, Aku faham. 

Kalau dulu berenam janganlah berlima. Kenapa mesti nak hancurkan hati yang sudah sebati. Even annoying sekali pon, bersabarlah. Nak buat mcm mana kan? Kita pon bukannya bagus sangat pon. Kita pon orang anggap annoyying jugak kan. Even kita tak buat salah pon kan. 

Cukuplah sekali kita jatuh lubang. Jangan jatuh lagi. Kita belajar dari kesilapan. Belajar melupakan masa lalu. Masa yang tak akan kembali. Masa yang hanya diliputi dalam memori. Hanyalah memori untuk kita bercerita kepada orang.

Imam Al Ghazali mengumpulkan semua murid muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya "Apa yang paling jauh dengan diri kita di dunia ini?" Murid murid ada yang menjawab gunung la bumi lah negara china lah. Lalu Imam Al Ghazali berkata semua jawapan yang diberikan benar. Tapi yang paling benar sekali adalah "masa lalu" Naik lah apa kenderaaan sekali pon, tidak akan samapi jugak. Wallahualam. 

Sudahlah, belajar memaafkan orang lain. Jangan berdendam lagi.

No comments:

Post a Comment

● Jangan mencarut
● Thanks (•ˆ⌣ˆ•)