Cara Membuat Choc jar atau Resepi Bubble Rice Yang Super Sedap !

by - December 20, 2014

Hye ! Ni kita nak kongsi cara resepi choc jar yang sedap. Coklet ni sesuai bagi penggemar chocolate. Sesuai untuk adik2, kanak2 sebab sedap sangat T.T Betol tak tipu. Haritu dah buat. 2 kali dah buat. Sekarang ni nak buat lagi tapi terlupa nak beli chocolat cadbury kt supermarket pulak aiyooo. So sekarang ni tengah ketagih choc jar  lah. Nama dia choc jar ni ade banyak antaranya bubble rice, chocolate bubble rice choc in jar, choco jar, chocolate jar. Macam2 la orang panggil. 



Kalau korang pengguna instagram mungkin tahu jugak bende ni. Kalau kat instagram biasa jugak orang jual. Laku sangat. Saya pernah beli, sedap. So kalau beli selalu duit terbang la T.T tsk tsk tsk ~ Baik buat sendiri. Sedap. Nak makan hari2 pon boleh haha. Jom mulakan !

Bahan-Bahan Choc Jar

Bubble rice (cari kat kedai bakeri) / rice krispies brand kelogg's (cari kat supermarket bahagian coco crunch. Dia dalam kotak) P/S terpulang. Saya guna bubble rice
Chocolate cadbury dairy milk (tak kisah apa jenis coklet) 

Untuk hiasan: 
Oreo
Kitkat
Chocolate m&m
Marchmellow

P/S macam dalam gambar tu, nampak tak mcm ade hitam2 kat atas sekali tu? Hah tu oreo. Oreo yang dah dipecah pecahkan. Sedap gila. I ni dah la suka oreo kan hahaha. Oreo yang dah siap pecah2 tu cari kat kedai bakeri. Saya rasa bubble rice, oreo yang dah siap pecah2 tu ade kat kedai bakeri sahaja. 

Cara Membuat Choc Jar

Kaedah boiling
  1. Patahkan chocolat cadbury kemudian panaskan atau cairkan dalam kuali. Guna teknik boiling. Kira ade 2 tingkat periuk. Periuk yang bawah isi air yang atas untuk cairkan coklet. 
  2. Letak bubble rice atau rice krispies dalam jar atau bekas. Yang bekas tu jangan besar sangat nanti tak cukup nak letak coklet pulak.
  3. Tuang coklet yang dah dicairkan tu tadi dalam jar atau bekas tadi.
  4. Hias la coklet anda dengan hiasan atau topping2 yang sedap dan menarik tu. Siap !

You May Also Like

9 comments

  1. Mne nk bli jar kaca tu ea sis?

    ReplyDelete
  2. thanks for this recipe ! I must try this !

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum...maaf sy nk tanya...kalo coklat yg kita gunakan itu jenis coklat macam kitkat...ok x rasanya..?

    ReplyDelete
  4. Sis coklat tu dia kekal cair or dia keras?

    ReplyDelete
  5. Teknik utk cairkan coklat tu dipanggil water bath or double boiling, dear :)

    ReplyDelete
  6. Nak tnye...kalau bubble rice tu ada 2jenis ke? Sb sya tgk ada rice dia bsar2 n ada kcik..

    ReplyDelete
  7. download sat na gambaq pinjam

    ReplyDelete

● Jangan mencarut
● Thanks (•ˆ⌣ˆ•)